Sexy Pink Heart - Busy TILL JANNAH: January 2014

AL - JANNAH

AL - JANNAH

Saturday, 25 January 2014

Ayat- Ayat Cinta

  1. Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
  2. Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
  3. Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
  4. Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa Dia, Dia tak lupa kita. Di tangan Dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
  5. Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
  6. Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
  7. Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
  8. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
  9. Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
  10. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  11. Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
  12. Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Sunday, 19 January 2014

CINTA SEJATI

Cinta bukan sekadar ungkapan keramat yang sering digunakan iaitu "i love you", "aku cinta padamu" tapi cinta melibatkan hati dan perasaan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar- benar mencintainya.Bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang yang betu-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana mungkin mereka satu dalam seribu.

Di bawah terdapat cara bagaimana kita nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang :-

PILIH PASANGAN YANG SESUAI
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang untuk menikmati segalanya.

JANGAN TERBURU-BURU
Janganlah kita menurut kehendak nafsu. Pasangan yang mencintai seseorang kerana hawa nafsu boleh menuju ke arah kekecewaan bukan kebahagiaan.

PERCAYA AKAN KELEMAHAN
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki suatu hubungan atau perkara yang diinginkan oleh pasangan. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, "saya tidak dapat melaksanakan komitmen yang baik," percayalah dia.

TERIMA SEADANYA
Terima pasangan dengan hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan atau sewaktu berbulan madu.

HARGAILAH DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
Hubungan cinta yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan kejutan terhadap dirinya.

*Cinta takkan datang kalau tak dicari, cinta takkan pergi kalau kita memahami, so carilah seseorang yang mencintai anda sepenuh hati.

Thursday, 16 January 2014

Tips Dalam Menjaga Hubung Dengan Kekasih


Saat kita di alam percintaan mungkin perjalanan cintan kita pasti akan mengharungi pelbagai halangan dan rintang yang boleh membuat suatu hubungan antara sepasang kekasih itu menjadi renggang dan juga boleh menjadi putus. Masalah ini disebabkan oleh mereka sendiri yang kurang ambil perhatian dalam  menjaga hubungannya dengan kekasih. Ada beberapa cara untuk menjaga hubungan kita dengan sang kekasih, iaitu :


  •  Kita harus saling bersependapat terhadap pasangan kita
  •  Dalam masalah apapun kita harus terbuka terhadap pasangan kita agar pasangan kita dapat mengetahui keadaan kita dan siapa tahu dia dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
  • Cintailah dia kerana Allah S.W.T dan terimalah kekurangan yang ada pada pasangan anda seperti anda menerima kelebihan pasangan anda , sehingga akan terjadi keseimbangan diantara rasa suka dan benci itu .
  • Jangan terlalu cemburu tidak bertempat pada pasangan anda kerana itu akan membuat pasangan anda menjadi rimas dan akan bosan dengan sifat cemburu yang ada pada anda .
  • Selalu berfikiran positif terhadap pasangan anda dan jika anda mendengar isu yang buruk tentangnya maka berfikirlah secara positif dahulu dan cuba cari buktinya kemudian.
  • Jika terdapat perselisihan , selesaikanlah dengan kepala dingin dan jangan terlalu emosi . Khususnya bagi pasangan lelaki, cubalah mengalah dan janganlah terlalu emosi dalam menyelesaikan masalah itu.

Itulah tips yang dapat saya kongsikan bersama dalam menjaga hubungan dengan kekasih. Dan jika anda mengikut tips dan nasihat ini insya`allah akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

*JANGAN LUPA YANG BERAGAMA ISLAM JAGALAH BATAS PERGAULAN ANDA DENGAN KEKASIH!!!

Monday, 13 January 2014

Takrifan Cinta

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang hanya tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


*Take A NOTE
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.