Sexy Pink Heart - Busy TILL JANNAH

AL - JANNAH

AL - JANNAH

Friday, 7 February 2014

Tidak Salah Bercinta

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta?
Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah kehendak. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya.. 

Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan 
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta ?
Jawabnya , kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. pengalaman sudahpun mengajar kita bahawa jangan sekali- kali bermain cinta , nanti terbakar diri. Terlalu banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri . Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan musnah.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku . Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia . Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan . Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang , racunnya akan meresap membunuh akal , jiwa dan perasaan . Pada ketika itulah cinta dikatakan buta . Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya . Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai . Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan - Nya . 

Bagaimanakah perasaan kita agaknya , jika seseorang begitu leka 
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya ?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang . Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah . Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram . Tergamak berdua - duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga . Lebih dari itupun banyak berlaku . Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta . Racun - racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja . Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah . Buah yang pahit , masam dan memabukkan . Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia , bohjan , buang bayi dan zina . Ketika itu indahkah cinta ?


Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan - raya . Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak , tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal . Jika tidak , dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan . Begitulah cinta , ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan .

Apakah peraturan - peraturan dalam hubungan cinta ?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah .
Ertinya , cinta yang kita berikan kepadanya semata - mata kerana mengharapkan keredhaan Allah . Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada - Nya . Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah . Sehubungan dengan itu , cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana ? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya . Sabda Rasulullah SAW : Apabila seseorang itu berkahwin , sempurnalah separuh agamanya , tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya .
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka - suka .

Lebih buruk lagi janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan . Jika tidak ada niat untuk berkahwin , cinta sudah pasti bukan
kerana Allah . Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua - duanya sekali . Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet !

Antaranya , tidak ada pergaulan bebas , tidak ada pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara - perkara asas seperti meninggalkan sembahyang , puasa dan lain - lain . Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata , cinta apa namanya ini jika tidak ada dating , perbualan talipon secara marathon , surat cinta , sentuhan tangan , kerlingan dan senyuman ? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan . Putus cinta , frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini . Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan .

Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi . Segala peraturan - Nya dibuat dengan rasa cinta kepada hamba - Nya . Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu . Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya . Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat . Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta ! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah .

*Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar .

Saturday, 25 January 2014

Ayat- Ayat Cinta

  1. Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
  2. Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta!
  3. Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiarkan, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
  4. Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tak lupa Dia, Dia tak lupa kita. Di tangan Dia ada ‘kunci’. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
  5. Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
  6. Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
  7. Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
  8. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
  9. Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
  10. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  11. Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi.
  12. Dan benarlah kata orang itu cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

Sunday, 19 January 2014

CINTA SEJATI

Cinta bukan sekadar ungkapan keramat yang sering digunakan iaitu "i love you", "aku cinta padamu" tapi cinta melibatkan hati dan perasaan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar- benar mencintainya.Bukan susah untuk bercinta, namun untuk mencari seseorang yang betu-betul mencintai kita amatlah sukar, tapi bila dah jumpa seseorang yang betul-betul sayang dan cinta kat kita jangan mudah lepaskan mereka, ini kerana mungkin mereka satu dalam seribu.

Di bawah terdapat cara bagaimana kita nak memelihara cinta sejati tersebut dari hilang :-

PILIH PASANGAN YANG SESUAI
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang untuk menikmati segalanya.

JANGAN TERBURU-BURU
Janganlah kita menurut kehendak nafsu. Pasangan yang mencintai seseorang kerana hawa nafsu boleh menuju ke arah kekecewaan bukan kebahagiaan.

PERCAYA AKAN KELEMAHAN
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki suatu hubungan atau perkara yang diinginkan oleh pasangan. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, "saya tidak dapat melaksanakan komitmen yang baik," percayalah dia.

TERIMA SEADANYA
Terima pasangan dengan hati yang ikhlas. Bukan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan atau sewaktu berbulan madu.

HARGAILAH DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
Hubungan cinta yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan kejutan terhadap dirinya.

*Cinta takkan datang kalau tak dicari, cinta takkan pergi kalau kita memahami, so carilah seseorang yang mencintai anda sepenuh hati.

Thursday, 16 January 2014

Tips Dalam Menjaga Hubung Dengan Kekasih


Saat kita di alam percintaan mungkin perjalanan cintan kita pasti akan mengharungi pelbagai halangan dan rintang yang boleh membuat suatu hubungan antara sepasang kekasih itu menjadi renggang dan juga boleh menjadi putus. Masalah ini disebabkan oleh mereka sendiri yang kurang ambil perhatian dalam  menjaga hubungannya dengan kekasih. Ada beberapa cara untuk menjaga hubungan kita dengan sang kekasih, iaitu :


  •  Kita harus saling bersependapat terhadap pasangan kita
  •  Dalam masalah apapun kita harus terbuka terhadap pasangan kita agar pasangan kita dapat mengetahui keadaan kita dan siapa tahu dia dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
  • Cintailah dia kerana Allah S.W.T dan terimalah kekurangan yang ada pada pasangan anda seperti anda menerima kelebihan pasangan anda , sehingga akan terjadi keseimbangan diantara rasa suka dan benci itu .
  • Jangan terlalu cemburu tidak bertempat pada pasangan anda kerana itu akan membuat pasangan anda menjadi rimas dan akan bosan dengan sifat cemburu yang ada pada anda .
  • Selalu berfikiran positif terhadap pasangan anda dan jika anda mendengar isu yang buruk tentangnya maka berfikirlah secara positif dahulu dan cuba cari buktinya kemudian.
  • Jika terdapat perselisihan , selesaikanlah dengan kepala dingin dan jangan terlalu emosi . Khususnya bagi pasangan lelaki, cubalah mengalah dan janganlah terlalu emosi dalam menyelesaikan masalah itu.

Itulah tips yang dapat saya kongsikan bersama dalam menjaga hubungan dengan kekasih. Dan jika anda mengikut tips dan nasihat ini insya`allah akan kekal hingga ke jinjang pelamin.

*JANGAN LUPA YANG BERAGAMA ISLAM JAGALAH BATAS PERGAULAN ANDA DENGAN KEKASIH!!!

Monday, 13 January 2014

Takrifan Cinta

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang hanya tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?


*Take A NOTE
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.